Sunday, 25 May 2025

Festival Hari Bandung Kota Angklung

Setiap tahun tanggal 25 Mei, Bandung akan diraikan sebagai Kota Angklung. Kamu juga turut meraikannya walaupun jauh di Malaysia secara atas talian. Terima kasih kepada Encik Gilang kerana membantu kami dalam penyiaran video kami semasa festival diraikan. Alhamdulillah.










Saturday, 26 April 2025

Kem Kepimpinan

Program ini dikendalikan oleh Unit Kokurikulum SMK Taman Sri Muda pada 26 April yang lalu di mana semua AJK Tertinggi terlibat dalam aktiviti ini. Joan dan Syafiq dari sesi pagi sementara Dexter dan Eyon dari sesi petang. Namun kelibat kedua-dua ahli sesi petang tak pula aku nampak dalam gambar.



Friday, 25 April 2025

Majlis Perpisahan PK Petang : Puan Siti Norizan Ibrahim

Persiapan secara adhoc untuk PK Petang kami yang akan berpindah ke SMK Seskyen 18 bermula pada hari Isnin ini nanti. Majlis simple namun penuh dengan keriangan dan kesedihan. PK Petang terharu dengan persediaan yang kami buat. KAW Team sempat memainkan lagu Pamit dan mengiringi PK Petang menaiki Vespa kuning keluar dari dataran. Moga Puan Siti Norizan lebih cemerlang di sekolah baharu.










Tuesday, 22 April 2025

Keputusan SPM 2024

Dua orang anak buah KAW Team iaitu Levialin Jais dan Arif Naufal Asril mengambil keputusan SPM mereka hari ini. Namun tak berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka dan hanya dapat mengirimkan gambar keputusan mereka sahaja di media. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua kerana berjaya mengharungi langkah pertama mereka. Semoga mereka berdua lebih sukses di menara gading nanti.



Saturday, 19 April 2025

Tautan Ukhwah : Dewan Tengku Zara

Tempahan diterima awal tahun dan lagu-lagu pilihan mereka telah pun disediakan. Antara lagu-lagu pilihan mereka ialah Beautiful in White, mengiringi pengantin ke pelamin, Kaulah Segalanya acara salam keberkatan, Betapa Kucinta Padamu khas untuk pengantin. Sementara lagu-lagu lain seperti Komang, Bagaikan Sakti, Joget Cinta Sakti, Joget Usik Mengusik, Bunga Rampai dan lain-lain dimainkan secara santai semasa majlis berlangsung. Sempat juga kami memainkan dua buah lagu Hari Raya iaitu lagu Seloka Hari Raya dan Selamat Hari Raya versi chaca. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar hari ini.








Friday, 18 April 2025

RIMUP Raya 2025 Sesi Pagi dan Petang

Tahun ini RIMUP raya 2025 agak kalut. Mengapa? Aku dahlah guru tingkatan dan disamping menguruskan kelas untuk persediaan sambutan aku juga menjadi AJK untuk persembahan dan pertandingan pada hari tersebut. Nasib baik ada geng, so bahan dan alatan untuk pameran ku transfer sahaja dari blok C ke Blok A untuk kelas aku.

KAW Team hanya memainkan lagu Seloka Hari Raya, lagu yang paling senang aku kira untuk dimainkan oleh para pelapis 2025 bersama-sama senior mereka dan mengiringi Hasya serta Whitney dalam lagu terkini Mimi fly iaitu Serumpun. Walaupun persembahan agak kucar kacir dengan pa sistem yang tidak membantu namun semuanya berjalan lancar. Persembahan tarian daripada kumpulan Seni Kebudayaan juga begitu mengasyikkan.