Monday, 8 December 2025
Sunday, 7 December 2025
Tautan Ukhwah : Alim dan Fatin
Hari ini menghiburkan tetamu Cikgu CT Raxkina pula. Hari bahagia Alim anak kepada cikgu CT diraikan diatas singgahsana bersama-sama pasangannya Fatin. Kelab Seni Kebudayaan dan Angklung Wariseni menguasai pentas hari ini. Persembahan nyanyian yang padu dari Wellen, Hasya dan seorang lagi ex SMKTSM...tak ingat pula aku namanya siapa. Persembahan tarian zapin dan Cak Cak Cekuk. Angklung mengiringi pengantin dan menghiburkan para tetamu dengan gemersik angklung pula. Majlis berjalan lancar dan persembahan pun tersusun rapi. Kerjasama yang padu antara staf dewan dan anak-anak seni ini. Tahniah cikgu CT dapat menantu, semoga bahagian hingga ke Jannah. Amiin..
Wednesday, 3 December 2025
BENGKEL PEMERKASAAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SK SETIA ALAM (ANGKLUNG)
Bertemankan Jesson dan Syafiq kami menuju ke SK Setia Alam, melalui jalan dalam yang pernah kami lalui tetapi tidak ingat arah tujuan ke mana. Namun kami teruskan perjalanan dan sesampai di lokasi sekolah kami disambut oleh pengawal bertugas yang menunjukkan arah di mana kami harus letakkan kereta. Kebetulan Cikgu Najihah juga sampai tepat waktu dan kami sama-sama bergerak ke studio yang berada di tigkat 3. Meriah suasana sekolah kebetulan hari ini hari graduasi murid-murid darjah 6.
Aku memulakan persiapan untuk bengkel, memasang laptop dan menyambung ke peti suara agar lagu yang dimainkakn nanti terang. Sebelum memulakan bengkel kami dijamu dengan home cooking mi goreng yang dimasak sendiri oleh Cikgu Najihah. Tepat jam 10.30 pagi bengkel pun dimulakan. Satu persatu kuajarkan kepada cikgu-cikgu dan anak-anak murid yang ada sehinggalah akhirnya mereka dapat memainkan beberapa lagu dengan bimbingan.Syabas kepada cikgu-cikgu yang terlibat juga kepada anak-anak murid. Sempat kami merakamkan kenangan bergambar beramai-ramai dan penyampaian hadiah dan sijil kepada pihak sekolah tanda terima kasih dan kolaborasi antara 2 sekolah.
Sunday, 30 November 2025
Selangor Halalvibe 2025 II
30 November penutup bulan. Kami mendapat peluang untuk membuat persembahan di hadapan Permaisuri Selangor sewaktu tuanku bersantap selepas majlis penyampaian hadiah. Dengan bertanjak, berbaju warna mustard, berseluar hitam jalur kuning dan hijau anak-anak angklung membuat persembahan yang mantap di atas pentas. Tugasan mengambil gambar ku serahkan kepada Nanep. Sempat aku meminta kepada pembantu permaisuri meminta izin untuk bergambar dengan anak-anak angklung aku. Diperkenankan dan dapatlah kami bergambar. 5 lagu yang dapat kami dendangkan di majlis tersebut. Sudah memadai bagi kami dan momen yang sangat berharga buat anak-anak angklung Wariseni.
Saturday, 29 November 2025
Selangor International Book Fair 2025
Pok Deng tidak melupakan kami apabila ada festival ini, kami akan selalu dipanggil untuk membuat persembahan secara santai di sana. Aku juga mengambil kesempatan ini sebagai latihan kepada anak-anak angklung untuk majlis esoknya. Hampir kesemua lagu kami dendangkan dengan berbekalkan 10 orang pemain sahaja dan aku sebagai kawan kepada Amiera yang keseorangan hari ini. Majlis berjalan dengan lancar dan kami pulang untu persiapan esoknya.
Friday, 28 November 2025
Hari Radiologi Sedunia
Kali kedua kami dijemput untuk meraikah Hari Radiologi Sedunia tetapi kali ini kami di dalam audiotorium dan bukan di depan lobi hospital. Masih memakai baju batik anak-anak angklung hanya memainkan 4 buah lagu sahaja iaitu sebelum perasmian dan selepas perasmian. Hujan hari ini. Kebimbnagan juga kami jika banjir sekali lagi di Taman Sri Muda. Sebaik-baik sahaja selesai persembahan dan majlis kami bergegas pulang. Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik.
Thursday, 27 November 2025
Selangor Halalvibe 2025 I
Part ini aku bertugas sebagai TKP SPM di SMK Alam Megah 2 maka tugasan ini dipikul oleh Haniff dan Cikgu CT. Mereka hanya perlu mengiringi VIP ke pentas dan mendendangkan 2 lagu selepas perasmian. Alhamdulillah , Saiful juga dapat membantu mereka dan persembahan berjalan lancar. Terima kasih kepada semua. Aku tak dapat nak bercerita panjang sebab aku tiada di sana. Hanya gambar yang boleh menceritakan segala-galanya.















