Aku mendapat jemputan sebagai jurulatih angklung murid-murid PPKI SMK SS17. Terima kasih sudi jemput saya ya, namun aku tiba lewat sedikit kerana menguruskan majlis di sekolah terlebih dahulu. Parking kereta untukku telah disediakan. Rasa dihargai sungguh. Dalam majlis tersebut sempat aku bergambar dengan guru-guru PPKI dan Irfan, salah seorang murid tahun akhir. 3 tahun aku mengajar murid ini bermain angklung. Dengar cerita dia akan melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional Seksyen 17 dalam bidang baik pulih kereta. Moga dia berjaya.
Saturday, 25 October 2025
Majlis Apresiasi Atlet dan Anugerah KOHEM 2025
Sunday, 19 October 2025
Pesta Muda Mudi : Deepavali
Sekali lagi kami dieripeluang untuk memeriahkan Deepavali di Pasar Seni. Kali ini berbekalkan 5 oran pemain yang main pemain solo utama merupakan Jesson dan Safiq. 6 buah lagu kami sediakan yang mana Syafiq memainkan lagu Kabhi Kushi Kabhi Gham, Main Syahir to Nahi dan Chinna Chinna Aasai sementara Jesson memainkan lagu Kuch Kuch Hota Hai, Saajanji Ghar Aaaye dan Tinak Tin Tana. Kami memulakan persembahan pada jam 6.00 petang dan berakhir jam 6.40 petang. Terima kasih kepada Zaffira kerana sudi mengundang kami lagi.
Tautan Ukhwah : Laman Masjid, Kampung Sungai Udang
Majlis ini merupakan majlis adik Farahiya. So, kami memberi sokongan kepada Farah dengan membuat persembahan secara terbuka dalam majlis ini. Kamii tiba di Laman Masjid pada jam 10.30 pagi dan majlis akad nikah pun baharu sahaja selesai. Setelah menguruskan susun atur alatan maka kami pun bersarapan. Mewah sarapan pagi ini , memacam ada. Aku santap laksa pepagi tu, dengan beberapa potong kuih tradisional.
Jam 11.30 pagi kami memulakan persembahan dengan 9 oran pemain sahaja, namu pemain yang ada pakar-pakar belaka dalam mengalunkan angklung mereka. Saiful Azim, Farhanis, Umairah turut membantu di samping Syafiq, Joan, Dexter, Eyon, Jesson dan Naufal. Jam 12.30 kami berhenti untuk makan tengahari dan bersiap-siap untuk mengiringi pengantin ke pelamin. Tugasan kami selesai sebaik sahaja menamatkan lagu Bunga Rampai. Kami bergegas pulang untuk membuat persiapan ke Pasar Seni pula.
Saturday, 11 October 2025
Hari Sukan Negara, 1M1S dan Karnival Kokurikulum 2025
Pertandingan tahun ini kami bertemakan Origin. Balik asal.......dan Dewa Pusingan satua cara tambahan bermain gasing. Siapakah yang akan bergelar Dewa Pusingan bagi tahun 2025 ini? Pertandingan dimulakan dengan Kugiran Didi & Friends, diikuti dengan Angklung Wariseni. The Star Girl, tarian India mendapat giliran ketiga sementara kugiran Neo giliran keempat diikuti kumpulan Samunatip. Pertandigan kali ini diungguli oleh kumpulan Neo walaupun penyanyi pertamanya suara sumbang sakan namun pemain-pemain muzik melindungi kelemahan ini dengan persembahan yang mantap. Angklung Wariseni mendapat tempat kedua sementara tempat ketiga diungguli oleh kugiran Didi & Friends.
Selesai pertandingan di dalam kabin kami membuka ruang di luar kabini pula. Sebelum itu, kami membuat sedikit aktiviti gotong-royong membersihkan serpihan batu yang telah dilanggar oleh orang awam tahun lepas kerana longgokkan tersebut menjadikan tempat pembuangan sampah pula. Setelah selesai pertandingan bermain gasing dimulakan. Ethan mendapat tempat pertama diikuti oleh Nellwien dan tempat ketiga diungguli oleh Shall.
Tuesday, 7 October 2025
Kelas Angklung PPKI SMK SS17
Dah lama aku tidak ke mari, hari ini aku menapak ke sekolah ini sekali lagi untuk membantu guru-furu PPKI di sini mengajar anak-anak PPKI bermain angklung. Masih terdapat beberapa orang murid yang kukenali dan ramah menegur aku bila bersua. Anugerah yang Allah swt anugerahkan kepada mereka menjadi ramah pada tamu yang datang.
Setelah semua anak-anak PPKI berkumpul, kumulakan kelas dengan memberi mereka maklumat tentang kedatangan angklung di Malaysia. Secara umum dan kemudian pengenalan kepada angklung sehinggalah cara-cara bermain angklung dengan betul. Setelah itu, aku memulakan agenda bermain angklung dengan lagu Sekuntum Mawar Merah yang dipopularkan oleh puteri rock Malaysia, Ella. Dalam rima akustik. Alhamdulillah, terdapat beberapa orang ahli lama yang dapat bermain dengan baik tak kurang juga ahli baharu yang punya potensi.
Kelas angklung kuakhiri dengan memainkan lagu tersebut sehingga selesai agar menjadi panduan kepada guru-guru untuk mengajar mereka sebaiknya. Aku percaya, guru-guru yang ada dapat mengajar lebih baik dari aku kerana mereka lebih memamahi anak-anak PPKI mereka. Syabas dan tahniah kepada guru-guru tersebut. Teguh dengan apa yang telah dimulakan.










.png)

