Tuesday, 30 September 2025

e-Refleksi

Tahun 2025, majalah sekolah akan diterbitkan secara digital. Penjimatan kertas yang paling ketara dapat dibuat di sini. 30 September 2025 kami sempat bergambar untuk majalah ini. Pakaian kami tidak kemas untuk tahun ini, bersepah-sepah designnya. Agak berserabut aku tahun ini dengan event yang berderet-deret dan pertandingan yang melampaui batas kami sertai.







Live : Pengumuman Pemenang Pertandingan Gemersik Angklung Peringkat Kebangsaan 2025

Kisah ini bermula 4 tahun yang lalu di bawah pemerintahan 3 orang pengetua, Usulan dibuat kepada pihak PPD dan JPN namun ditolak atas sebab-sebab tertentu menyebabkan program ini tidak dapat dilaksanakan. Tahun 2025, aku mencuba nasib sekali lagi untuk mendapatkan kelulusan dan memperkemaskan kertas kerja aku sekali lagi. Bajet tidak aku masukkan kerana dialah punca utama kertas aku ini ditolak. 

Akhirnya aku mendapat respon daripada pihak KPM sendiri dan Encik Daneal menghubungi aku secara personel untuk memperkemaskan kertas kerja aku untuk dibentangkan secara atas talian sahaja. Banyak juga yang aku harus buat dan beberapa kali ditolak oleh pihak KPM. Akhirnya pihak sekolah mendapat surat jawapan yang menggembirakan. Alhamdulillah, bermulakan perjalanan aku menguruskan program ini. Dari masa ke semasa kuolah dan kupermudahkan urusan program akan berjalan dengan lancar.

Namun apa yang aku alami sepanjang perjalanan program memberikan banyak pengalaman dan pengajaran. Di sini, aku mengenali mana kawan mana lawan. Rakan-rakan maya yang aku temui disepanjang program ada yang membina dan tidak kurang juga kaki kritik. Itulah asam garam kehidupan....tidak semuanya indah. Teguh dengan pendirian, itu sepatutnya aku pegang sejak mulakan program ini tetapi aku terlalu berlembut hati menyebabkan kaki kritik mula memijak sana sini. Tetapi pijakkan mereka cuba kulapik kualas sebaik mungkin agar perjalanan program berjalan lancar.

30 September 2025, D-Day! Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Siaran langsung yang dijalankan serba sederhana. Tiada persiapan yang gah, cukup santai untuk mengumumkan para pemenang. Banyak kelemahan dalam pengacaraan ini. Namun kami berbangga akhirnya program ini dapat dilaksanakan selepas 4 tahun kami menunggu dan memohon. Alhamdulillah walaupun slide kami tidak dapat dipersembahkan sebaik mungkin namun siaran berjalan dengan lancar. Memang cukup sederhana. Para juri dapat memberikan ulasan dengan baik dan kena pada kami sedas dua.....hahahaha. Pengajaran buat kami!

 











Saturday, 27 September 2025

Kopi Dulu : Final

Hari terakhir kami akan berada di hotel ini untuk Ngopi Dulu! Yesss.....mari minum kopi di terrace ini....Lagu-lagu kami ulang sahaja dari event yang lepas dengan tambahan beberapa lagu baharu. Hari terakhir ini anak-anak angklung mempersembahkan lagu Emcun Sok Sek dan My Heart Heart Will Go On versi Remix di tepi terrace. Joan dan Arifah join kami kali ini.Setelah selesai, kami bergegas ke Malaya Steamboat yang terletak di Puchong untuk santai makan malam di sana. 








Karnival Hari Koperasi Sekolah

Kononya kami tak mahu buat persembahan pada hari tersebut, namun hati kami ni taklah sekeras mana. Mulut jer heboh dalam hati penuh taman. Maka persediaan pun dibuat tetapi secara ala kadar sahaja. Maklumlah pada hari yang sama kami ada persembahan juga di Palm Garden Hotel di Putrajaya. Lagu perasmian yang kami mainkan sama seperti sambutan Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan yang pernah kami buat di Angkasa iaitu Embun Sok Sek dengan berpakaian aloha. mengikut tema karnival.



Selepas perasmian kami dendangkan 5 buah lagu lagi untuk meriuhkan suasana dan kemudian bersiap-siap untuk ke Putrajaya. Satu lagu jiwang rock kami bawakan hari ini iaitu lagu Sejati yang dipopularkan oleh Awie dari kumpulan Wings. Empat buah lagu lagi lagu Dag Dig Dug, Yek Liang Tai Piau Wi De Xin, Saajanji Ghar Aaye dan Saabai Saabai.




Thursday, 25 September 2025

Coffee Brew Event : Palm Garden Hotel Putrajaya

Hari ini peranan kami tak banyak sebab kami akan jive bersama-sama DJ dalam persembahan kami ini. Sebaik sahaja setup kami selesai, kuarahkan anak-anak angklung makan tengahari dahulu. Sempat order makanan dengan abang Din kantin sebelum bertolak ke Putrajaya. Tepat jam 2.30 petang kami memulakan persembahan secara santai berhadapan dengan Cafe Kopi Dulu. Satu cara baharu kami memainkan angklung secara moden menggunakan angklung sebagai penyedap bunyi. Tapi hasilnya aku belum dengar lagu. Semasa menulis blog ini pun aku tak dengar lagi bunyi angklung tu. Persembahan kami memang mendapat sambutan walaupun hanya 11 orang pemain yang kubawa kali ini. Jam 4.30 petang kami mengakhiri persembahan dan pulang ke Shah Alam.








Saturday, 20 September 2025

Kopi Dulu 2 : Palm Garden Putrajaya

Hari ini berbekalkan 12 orang pemain angklung sahaja. Supa Dupa senior yang mengikut kami hari ini Farhanis dan Arif Naufal. Sama juga seprti minggu lagu , kami gemersikkan angklung sebanyak 3 sesi dan 21 buah lagu telah didendangkan dengan baik oleh anak-anak angklung ini. Terima kasih dengan komitmen yang sangat tinggi daripada mereka.


















Saturday, 13 September 2025

Kopi Dulu 1 : Palm Garden Putrajaya

Mendapat 'job' daripada Bard semasa kekalutan membuat persediaan untuk majlis robotik. Kuterima job ini kerana inilah tugasan di luar yang pertama melibatkan hotel atau resort dalam tahun 2025. Lain sedikit daripada kebiasaan yang kami buat. Persembahan kami bermula pada jam 400 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Setiap sesi kami gemersikkan angklung selama 30 minit sebanyak 3 sesi. Rehat 15 minit pada setiap sesi. 21 buah lagu kami dendangkan dan setiap sesi 7 buah lagu. Mendapat sambutan yang hebat juga di Cafe Kopi Dulu ini. Mungkin kerana dah lama mereka tidak mendengar alunan angklung. Terbaik dari anak-anak angklung pada hari ini. Terima kasih kepada Patrina dan Levialin yang bekerjasama dalam persembahan hari ini.












Wednesday, 10 September 2025

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2025

Tugasan yang menjadi isu uatama di sekolah. Kami mendapat jemputan untuk menjadi pengiring kepada para tetamu dan VIP serta penyampaian cenderamata kepada VIP yang hadir. Dikatakan kami telah memohon kepada seseorang di dalam jabatan agar kami diberikaan tugasan ini bermula dari 7 September sehinggalah ke hari kejadian pada 10 September 2025. Pelbagai ugutan diberikan kepada kami, salah satu ingkar arahan Ketua Jabatan kerana pergi tanpa pengesahan/kebenaran. tersepit d tengah-tengah kemelut kuasa yang tidak seberapa.Namun kami pergi juga. Ia merupakan satu pengalaman besar buat anak-anak angklung dan 3 orang anak Seni Kebudayaan. Kami juga diberikan kesempatan untuk menjadi pempamer di majlis tersebut dan ianya mendapat sambutan juga. Alhamdulillah.