Majlis untuk hari ini telah ditempah setahun yang lalu. Tidak dapat dilangsungkan kerana beberapa hal yang tidak dapat diselesaikan maka tertangguhlah majlisnya. Pengantin masih mahu meneruskan tempahan dan meminta kami menunggu sehingga selesai masalah tersebut. Maka 31 Ogos 2025 terpaterilah mempelai ini bersanding di dalam majlis yang serba sederhana. Diraikan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi peranan kami di sini tidaklah banyak. Kami hanya dapat mengiringi pengantin dan membuat persembahan santai di hadapan mempelai. Hanya dua buah lagu yang dapat kami mainkan semasa majlis makan beradab iaitu Selamat Pengantin Baru dan Baraka Allahu Lakuma. Sebelum pulang kami mengucapkan terima kasih kepada mempelai. Semoga jalinan mereka sehingga ke Jannah. Amiin.
Sunday, 31 August 2025
Friday, 29 August 2025
Sambutan Ambang Merdeka SMK Taman Sri Muda
29 Ogos 2025 bertempat di Dataran Perpaduan, setelah seminggu membuat latihan bersama-sama dengan band D'luge dan penari dari Kelab Seni Kebudayaan, kami mengalunkan angklung kami idengan dua buah lagu tema kemerdekaan 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Malaysia Madani yang dipopuarkan oleh Bunkface. Persembahan kami ini penuh kontroversi namun kami laksnakan juag untuk kepuasan anak-anak didik kami dalam bidang seni. Moga dipermudahkan segalanya.
Thursday, 28 August 2025
PWA 2025 Petaling Jaya
Persembahan kami yang diterima secara adhoc daripada Kak Yan. Sebaik sahaja selesai di SJKL, kami terus menuju ke Laman MBPJ di Petaling Jaya. Setelah menemui lamannya, kami terus membuat sound check dan kemudian mencari restoran untuk makan tengahari. Menanti adalah salah satu kerja kami hari ini. Jam 6.45 petang baharu kami dapat mainkan angklung dan hanya 4 buah lagu sahaja kami mainkan untuk membrikan peluang kepada kumpulan keroncong mengalunkan irama mereka. Hari ini rezeki anak-anak angklung mencurah-curah sehinggakan mereka kekenyangan. TErima kasih Allah atas rezeki yang diberikan kepada kami dalam kepadatan memenuhi tugasan.
Bengkel Angklung Sekolah Jepun KL
Tahun ini kali ketiga berturut-turut kami melaksanakan bengkel angklung di sekolah ini. Encik Isrami Ismail menjadi juru tutur kami. Cadangan aku untuk melaksanakan teknik bercerita tidak berapa menjadi dalam bengkel ini. Ya...masalah pertuturan. Tahun depan jika diberi peluang lagi, rasanya aku akan cuba sekali lagi dengan kaedah lain pula. Apa-apa pun semuana berjalan lancar dan tamat seperti yang dirancangkan.
Saturday, 23 August 2025
INSTALLATION OF IWCSS 2025 – 2026
Majlis ini di adakan di Kelab Golf Negara, Subang. Pertama kali kelab kami ke sini. Eklusif sekali tempat ini. Kami ditugsakan untuk mengiringi VIP dan memainkan lagu sewaktuu hidangan dihidangkan. Tak banyak peranan kami di sini dan kami bersatu sekali lagi dengan penari-penari Kelab Seni Kebudayan. Persembahan kami mendapat tepukan gemuruh dan mereka gembira dengan apa yang kami persembahkan. Alhamdulillah.

.png)

.jpeg)
.jpeg)




