Sunday, 30 November 2025

Selangor Halalvibe 2025 II

30 November penutup bulan. Kami mendapat peluang untuk membuat persembahan di hadapan Permaisuri Selangor sewaktu tuanku bersantap selepas majlis penyampaian hadiah. Dengan bertanjak, berbaju warna mustard, berseluar hitam jalur kuning dan hijau anak-anak angklung membuat persembahan yang mantap di atas pentas. Tugasan mengambil gambar ku serahkan kepada Nanep. Sempat aku meminta kepada pembantu permaisuri meminta izin untuk bergambar dengan anak-anak angklung aku. Diperkenankan dan dapatlah kami bergambar. 5 lagu yang dapat kami dendangkan di majlis tersebut. Sudah memadai bagi kami dan momen yang sangat berharga buat anak-anak angklung Wariseni.







Saturday, 29 November 2025

Selangor International Book Fair 2025

Pok Deng tidak melupakan kami apabila ada festival ini, kami akan selalu dipanggil untuk membuat persembahan secara santai di sana. Aku juga mengambil kesempatan ini sebagai latihan kepada anak-anak angklung untuk majlis esoknya. Hampir kesemua lagu kami dendangkan dengan berbekalkan 10 orang pemain sahaja dan aku sebagai kawan kepada Amiera yang keseorangan hari ini. Majlis berjalan dengan lancar dan kami pulang untu persiapan esoknya.






Friday, 28 November 2025

Hari Radiologi Sedunia

Kali kedua kami dijemput untuk meraikah Hari Radiologi Sedunia tetapi kali ini kami di dalam audiotorium dan bukan di depan lobi hospital. Masih memakai baju batik anak-anak angklung hanya memainkan 4 buah lagu sahaja iaitu sebelum perasmian dan selepas perasmian. Hujan hari ini. Kebimbnagan juga kami jika banjir sekali lagi di Taman Sri Muda. Sebaik-baik sahaja selesai persembahan dan majlis kami bergegas pulang. Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik.



Thursday, 27 November 2025

Selangor Halalvibe 2025 I

Part ini aku bertugas sebagai TKP SPM di SMK Alam Megah 2 maka tugasan ini dipikul oleh Haniff dan Cikgu CT. Mereka hanya perlu mengiringi VIP ke pentas dan mendendangkan 2 lagu selepas perasmian. Alhamdulillah , Saiful juga dapat membantu mereka dan persembahan berjalan lancar. Terima kasih kepada semua. Aku tak dapat nak bercerita panjang sebab aku tiada di sana. Hanya gambar yang boleh menceritakan segala-galanya.










Tuesday, 25 November 2025

SPM 2025 : Trio Girls

 Menuju puncak...kami mendoakan kejayaan Charonnica Inson Arifah dan Joananne mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2025. Go go girls!!!



Wednesday, 19 November 2025

Majlis Apresiasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kami dijemput sendiri oleh Tuan Tamilchelvan dari IEG Campus Kuala Llumpur untuk event ini. Terima kasih atas kepercayaan kami. Aku menolak satu persembahan daripadanya disebabkan kekangan aku bertugas SPM tetapi kali ini aku tak dapat nak menolakknya dan akuk terima. Akibatnya aku terpaksa melibatkan anak aku Haniff untuk sama-sama menguruskan event ini kemudian disambung oleh Cikgu CT Raxkina setelah mendapat pelepasan daripada JPN dan pihak sekolah. Tugasan kami mudah shj mengiringi VIP ke meja makan dan memberikan 2 persembahan sewaktu makan. Lagu pilihan kami ialah Embun Sok Sek dan Sway. Lagu yang telah sedia kami hafal. Semuanya adhoc!






Sunday, 16 November 2025

Majlis Apresiasi Seni 2025

Bertemakan Masquerade. tahun ini penyertaan ahli agak kurang....maka kemeriahannya juga kurang sedikit namun berjalan lancar dengan Floor Manager yang berwibawa iaitu Nellwien Weldrin. Dah boleh memimpin budak ni. Jadi...biarlah video yang diletakkan di sini berbicara tentang majlis yang telah berlangsung pada 16 November yang lalu bersamaan dengan Hari Angklung Sedunia.





Saturday, 15 November 2025

Tautan Ukhwah Huda & Yaslam : KT Ballroom Seksyen 24

Kelainan sedikit di majlis ini kerana hari ini kami mengiringi rombongan pengantin ke meja makan. Selalunya kami mengiringi mempelai. bagus juga...satu pembaharuan untuk anak-anak angklulng. Jadinya lagu Bunga Rampai kami mainkan dipentas sahaja dan aksi silat hanya pergerakkan tangan sahaja. Test...ok ke tak atau sesuai ke tak untuk diaplikasikan dalam majlis lain nanti. Kami mewah dengan makanan yang pelbagai di sini. Anak-anak dialas dengan pelbagai juadah makanan yang enak-enak belaka. Cikgu pun turut sama meraikan fiesta makanan ni. Rezeki jangan ditolak.




Wednesday, 12 November 2025

Majlis Persaraan KP JPN Selangor Dr.Jafri

Majlis kali ini kami hanya menghiburkan tetamu sewaktu makan. Lagu-lagu yang dimainkakn semua santai-santai belaka tetapi mereka lebih suka dengar lagu Kopratasa rupanya. Sewaktu lagu Masihkah Kau Ingat dimainkan mereka turut menyanyikannya bersama-sama. Diakhir persembahan dapat kami bergambar bersama-sama KP secara santai sebagai kenangan. Gemersik angklung kami hentikan apabila jemputan khas kami mula beredar dan kami menjamu selera sekali lagi sebelum pulang ke sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sempat juga kami bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan yang lama seperti Yat, Wan dan beberapa orang lagi. Tapi Zihan aku tak nampak la pula.



Saturday, 8 November 2025

Pasar Gadis : Manis Bergaya

13 orang pemain angklulng mewakili kelab ke Pasar Seni hari ini. Bertemakan manis bergaya kami memainkan lagu-lagu bergaya dan nama-nama gadis seperti Suzana, Fatimah, Mustika, Ana dan lain-lain lagi. Video kami boleh ditontoni di laman sesawang YouTube. Kami memulakan persembahan seawal jam 1.45 petang disebabkan semasa kami membuat persiapan, sudah ramai yang menunggu persembahan kami. So, hari ini kami memainkan lagu selama 45 minit. Hampir kesemua lagu yang kami latih dimainkan hari ini dan alhamdulillah kesemua lagu yang dimainkan hari ini secara live dan mengalami isedikit kesalahan sahaja. Syabas kepada pemain angklung tingkatan satu yang bersemangat hari ini. Sempat juga aku menarik seorang penonton untuk bersama-sama kami bermain angklung hari ini.