Mendapat jemputan daripada Cikgu Zulfadly dari SMK Meru Kelang. Mereka akan mengadakan MAK pada 20 Jun 2025. Kami dijemput khas untuk mengiring VIP dan persembahan pembukaan. Hujan turun dengan lepat pada hari kejadian. Berkejar aku untuk sampai sebelum hujan tetapi disebabkan jalan jem dan sempit melambatkan kami tiba di sekolah pada waktu yang kami mahukan. Namun, alhamdulillah kami tidaklah terlewat.
Kami disambut oleh Cikgu Zul dan mendengar taklimat daripada beliau. Perubahan dilakukan mengikut situasi semasa. Kami follow sahaja....no problem. Kami iringi VIP pagi ini dengan lagu Gendang 9 berbekalkan 15 orang pemain angklung. Tetiba sahaja Joan mahu turut serta. Kuangkut sahaja. Kecill tapak tangan nyiru kutadahkan pada senior yang sudi membantu KAW Team ini. Umairah juga turut memberi sokongan pada aktiviti kami ini. Terima kasih.
Selesai mengiringi VIP kami berdiri tegak mendendangkan lagu Negaraku dan kemudian mendengar dan mengalunkan suara AsmaAlhusna. Setelah selesai acara mengaji, kami mengorak langkah dengan persembahan pembukaan. Lagu pilihan kami lagu Dikir Puteri. 3 orang pemain angklung kubawa kali ini iaitu Riquellme, Damia dan Franzico. Alhamdulillah persembahan kami mendapat sambutan. Semua diam terpaku melihat persembahan kami ini.
Peranan kami selesai dipembukaan. Kami kemudian ke kantin untuk menjamu selera dan setelah itu bertolak pulang ke Shah Alam. Terima kasih daun keladi, jika sudi jemputlah kami lagi nanti ya.!!!

.png)



