Wednesday 20 January 2016

Majlis Perkahwinan Dewan Perdana Keramat Mall (Siri Jelajah Angklung)

Pagi ini bertolak ke KL siri jelajah angklung meluaskan jangkauan. Menghiburkan tetamu yang diundang dalam majlis perkahwinan. Membuat latihan dan persiapan sebelum memulakan persembahan. Uncle Sam tak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan panduan kepada anak-anak angklung. 


Kemudian bersedia untuk membuat sound check. Kami gunakan lagu Sam Smith untuk menguji bunyi angkllung yang paling tinggi nadanya iaitu 2"#. Makeup sikit dan memakai samping serta selimpang untuk tampak lagi gah dan bergaya.




Kemudian makan time. lapar dowh...tak sarapan dari pagi tadi ni.


Sesi bergambar depan dewan.


Kemudian bersedia untuk membuat persembahan tepat pada pukul 12.00 tengahari. Antara lagu yang dibawa Betapu Kucinta Padamu dan Mak Siti. Lagu-lagu yang banyak kami mainkan lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Memang sesuai sangat dimainkan dalam majlis ini.





Pukul 1.30 tenghari mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan.




Nak keluar makan jap. Nanti sambung balik tulis...tak habis lagi ni...............Yeh aku kembali setelah mengisi perut di Restoran Lenggong Seksyen 20 tadi. Makan sup tulang...waduh hingga menjilat sudu deh.

Sambung semula cerita. Setelah acara merenjis tamat kami meraikan pengantin dengan lagu Bunga Rampai mengiringi mempelai ke maja makan beradap.





Persembahan berselang-seli dengan tarian. Memang best. Kami meneruskan persembahan dengan acara memotong kek. Kaulah Segalanya lagu pilihan lagu latar mengiringi pengantin ke meja kek.


Acara diteruskan lagi dan kami meneruskan persembahan. Setelah bergambar bersama-sama mempelai kami menutup tirai persembahan dengan memainkan lagu medley sekali lagi. Terima kasih kerana menjemput kami. Next time jangan lupa panggil kami lagi. Harap semuanya terhibur.

Sunday 10 January 2016

KSR Annual Dinner 2016 (Siri Jelajah Angklung)

Bertempat di Kelab PAUM persembahan pertama untuk aktiviti kelab pada tahun 2016. Menggunakan perkhidmatan van Pak Ariffin dan pemandu setianya Ariff kami menuju ke sana. Boleh plak akku tersalah lorong masuk Nasib baik tak jauh sangat. Anak-anak memunggah alatan dan masuk ke dalam dewan bersama-sama cikgu Wani sementara aku memakirkan kereta. Setibanya ke dalam dewan Uncle Sam sudah memberikan taklimat kepada anak-anak angklung.




Kemudian kami lepak di dalam dewan yang tidak digunakan. Alhamdulillah tempatnya lapang dan selesa dapatlah kami berhindustan dalam bilik tersebut walaupun panas macam dalam ketuhar.


Rasa lapar dan haus. Kubawa mereka ke coffe house untuk meneguk teh tarik. Tapi Uncle Sam yang bayar!


Selepas menunaikan kewajipan anak-anak angklung terus bersiap dan kemudian menyusun angklung di atas pentas. Hari ini kami makan nasi goreng ayam dan air mineral sahaja. Alhamdulillah cukup untuk malam ini.


Tepat jam 6.45 petang kami memulakan persembahan menghiburkan para jemputan yang mula masuk ke dalam dewan keraian.




Berhenti sebentar untuk solat Maghrib dan kemudian menyambung persembahan semula sebelum bersedia untuk mengiringi VIP masuk ke dalam dewan.




Sejurus selepas VIP duduk kami menghiburkan para jemputan dengan lagu Hore Hore Samba. Berehat sebentar selepas persembahan dan menghiburkan diri di dalam bilik yang dikhaskan.


Persembahan terakhir untuk malam ini merupakan lagu medley wajib kami. Tepat 10.00 malam peranan kami dalam majlis ini berakhir. Terima kasih kerana sudi menjemput kami menghiburkan anda semua. Jumpa lagi.


Saturday 9 January 2016

Majlis Perpisahan (Siri Jelajah Angklung)

Tahun ini kami kehilangan empat orang pentadbir sekali gus. Bonda Pengetua Puan Norlila, Penolong Kanan HEM Encik Norazman, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Suri Arini dan Puan Marina guru Bahasa Inggeris. Banyak pengalaman pahit dan manis kami harungi bersama mereka. Tahniah atas kejayaan mereka dalam mentadbir SMK Taman Sri Muda menjadikan sekolah  ini gemilang dan terbilang. Jasamu tetap kami  kenang. Semoga di tempat baharu nanti mereka akan lebih cemerlang lagi. Doakan kami yang ditinggalkan agar terus mengecapi kejayaan yang lebih lagi di bawah para pentadbir yang baharu.







Saturday 2 January 2016

Majlis Perkahwinan - Nana dan Aizat

Persembahan adhoc,...ingatkan penutup persembahan pada 19 Disember, rupa-rupanya ada lagi pada 24 Disember di Institut Kraf Negara Rawang. Hari ini pemandu kami Encik Agus. Awal benar kami sampai di Institut ni.... bergambar la kami setelah siap setting di tempat yang disediakan.



Menanti pengantin nikah pada pagi ni...budak-budak posing sana sini. Lantaklah janji mereka bahagia. Jam 11.00 pagi bersiap-siap dan kemudian menjamu selera.



Jam 12.00 tenghari memulakan persembahan berseang-seli dengan pengurus PA System hari ini.


Sewaktu pengantin tiba kami berhenti seketika dan melihat pasangan pengantin diirngi masuk ke dalam dewan dengan alunan lagu daripada bagpipe. Lagu Tari Tualang Tiga yang dimainkan rupanya.



Selesai majlis salam restu kami memulakan persembahan semasa pengantin makan beradap.



Selesai persembahan bergambar dengan pasangan pengantin sebelum beredar pulang setelah mengisi perut sekali lagi.