Tuesday 27 October 2015

SEAMEO Song Angklung Contest 2015

Salam Sehati Sejiwa

Tuan/Puan yang dihormati,

150 sekolah dalam Asia Tenggara menyertai pertandingan ini dan sekolah saya layak ke pusingan akhir . 20% markah  akhir akan diambil kira daripada tontonan Youtube.Sekolah kami  sedang bersaing rapat  dengan sebuah sekolah dari Filipina dan sebuah sekolah dari Indonesia.

Sokonglah  penyertaan sekolah saya yang membawa nama MALAYSIA. Pastinya  Malaysia mampu bersaing dan boleh berada pada kedudukan tontonan tertinggi dengan bantuan dan sebaran rakyat Malaysia  menggunakan link berikut;

https://m.youtube.com/watch?v=9hHRcewl0fg



Mohon tekan LIKE dan sebarkan  kepada seluruh rakyat Malaysia yang lain

Terima Kasih atas tontonan dan sebaran video ini.

Doa dan sokongan dari seluruh rakyat Malaysia menjadi pencetus inspirasi
buat kami untuk melakukan yang terbaik buatmu MALAYSIA.

KAMI BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA

Ikhlas dari; 

Anak-Anak
KELAB ANGKLUNG WARIS SENI,  
SMK Taman Sri Muda, 
Shah Alam, Selangor
.MALAYSIA

Public view telah berakhir pada 31 Oktober 2015. Terima kasih kepada yang menonton video dan suka video kami. Kerjasama daripada anda semua sangat-sangat kami hargai. Sekarang kami menunggu keputusan akhir yang akan diumumkan pada 9 Disember nanti. Insyallah semuanya akan berjalan lancar. 




Saturday 24 October 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Selangor 2015

Hari ini 22 Oktober Kelab Angklung dinobatkan dalam majlis yang penuh gilang-gemilang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan dan Kebudayaan Kuala Kubu Bharu. Walaupun anak-anak angklung tidak dapat turut serta dalam majlis ini...namun penghargaan dikongsi bersama melalui Whatsapps. Tahniah semua. Tahun depan kita cuba dapatkan yang lebih baik lagi. Ayuh...ayuh!






Sempat juga mengiklankan dan menguar-uarkan link pertandingan yang diselitkan di dalam buku aturcara oleh pegawai bertugas. Terima kasih diucapkan.



Nasi Lemak Kopi O

Memperuntukkan dua hari menjalani latihan sebagai persediaan ke TV9. 4 buah lagu disediakan. Hari ini 24 Oktober 2015 angklung bergema di Sri Pentas TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di bawah penyelarasan Unit BKK, KPM. Segmen ini adalah untuk mempromosikan link video pertandingan kelab dalam pertandingan SEAMEO Song Angklung Contest 2015.



Seawal 5 pagi sudah menanti anak-anak angklung tiba di Bangsal i-Think. Tepat jam 5.30 pagi memulakan perjalanan ke Damansara Utama bersama pemandu bas Sekolah Sukan Seksyen 11 Encik Amir. Terima kasih kerana sudi membawa kami ke sana. Puan Suri sudah menanti kami di sana dan menjalankan kewajipan subuh di musolah TV3.


Bersarapan pagi di Cafetaria ....hari ni Puan Suri Arini belanja kami bekpes. Thank you Puan Suri!


Tak lama kemudian Produser memanggil kami untuk membuat persiapan di bahagian luar studio. Cikgu-cikgu dan dua orang ahli kelab ditouch up sikit.



Sempat merakamkan gambar kenangan bersama-sama pelakon Farid Kamil.


Jam 9.20 pagi keudaralah kami. Dimulakan dengan lagu medley. Tak sempat nak rakam sebab kena ready untuk ditemubual bersama Puan Suri. Nanti kita upkan klip ya. Rancangan berjalan dengan lancar. Kami menutup rancangan dengan lagu My Heart Will Go On.



Berpuas hati dengan persembahan yang diberikan. Selesai semua sesi bergambar seperti biasa. Makan lagi sebelum balik.




Sunday 18 October 2015

Majlis Perkahwinan Dewan Perdana Keramat Mall, Kuala Lumpur

Kali kedua kami membuat persembahan di sini. Kali pertama hanya untuk promosi tetapi kali ini kami menguasai persembahan dalam majlis ini. Tapi entah mengapa aku rasa sungguh bosan berada dalam majlis kali ni. Jadi korang tengok jer la gambar-gambar dan klip yang ada ya. Rasa bersalah pun ada. Rasa menyampah pun ada. Asam garam persembahan. Kena akuinya.

Aku ada soalan...kowang yang baca tolong jawab. Mengapa di majlis-majlis perkahwinan kaum wanita memakai pakaian sopan sangat seperti baju kurung....dan mengapa lelaki boleh memakai pakaian yang sangat simple sehingga bertshirt dan berseluar jeans sahaja? Bukankah baik sekiranya pasangan yang datang memakai sepasang busana melayu yang cantik tu dan bukan hanya sang pengantin untuk memeriahkan majlis?










Wednesday 14 October 2015

Link VLE -Frog

Kawan-kawan.....kita sedang kejar-mengejar sekarang. Marilah kita sama-sama sebarkan pada handai dan taulan link ini untuk mendapatkan markah yang banyak untuk SMK Taman Sri Muda dan untuk negara kita Malaysia.

SEAMEO Song Angklung Contest 2015

Klik  :  LINK




Tuesday 13 October 2015

Sambutan Hari Lahir

Sto lat! Sto lat! 
Niech zyje, zyje nam. 
Sto lat! Sto lat! 
Niech zyje, zyje nam. 
Jeszcze raz! Jeszcze raz! Niech zyje, zyje nam. 
Niech zyje nam. 

Niech ci? gwiazdka pomyslnosci nigdy nie zagasnie, 
nigdy nie zagasnie!  
A kto z nami nie wypije, 
niech go piorun trzasnie. 
A kto z nami nie wypije, 
niech go piorun trzasnie. 

Sto lat! Sto lat! Sto lat! 
Sto lat! Niechaj zyje nam. 
Sto lat! Sto lat! Sto lat! 
Sto lat! Niechaj zyje nam. 
Niech zyje nam! Niech zyje nam! 
Zdrowia, szczescia, pomyslnosci! 
Niechaj zyj



100 years! 100 years! 
They live, live (among) us!
100 years! 100 years! 
They live, live (among) us!
Again, again! They live, live (among) us!
Live (among) us!
That for him the star of happiness never goes out, never goes out!
And those who do not drink with us, as lightning strikes!
And those who do not drink with us, as lightning strikes!
100 years, 100 years, 
100 years, 100 years live (among) us!
100 years, 100 years, 
100 years, 100 years live (among) us!
Live (among) us! Live (among) us!
In health, happiness, and the happiness he lives (among) us.





Semoga anda semua diberkati dunia dan akhirat.....Amin!


Monday 12 October 2015

Again.....Majlis Perkahwinan

Kali ini...kembali ke tempat asal kami di Shah Alam, Seksyen 14. Kami menghiburkan tetamu dan mengiringi pengantin. Last time kami menggunakan tangga bergerak tetapi kali ini kami pula yang bergerak. Kesian Amir...hampir terpeleot kat tangga. Haiqal mampu gelak jew. Kurang asam tol!



Pelbagai lagu dimainkan untuk menghiburkan semua orang. Ramai orang bertanyakan servis kami. Alhamdulillah. Terdapat juga seorang datin datang memberitahu kelemahan dan kelebihan kami. Komen yang amat membina daripada beliau. Terima kasih datin. Kalau ada rezeki dapatlah kami CD angklung daripada Padang yang bagus mainan angklungnya daripada datin. Katanya beliau akan mencari dan menyerahkan pada tuan rumah pengantin untuk diserahkan kepada kami. 





Sebelum balik sempat kami menikmati cendol dan membawa laksa balik sebagai bekalan. Pak Agus pemandu setia kami sempat juga menjamah cendol tersebut.


Majlis Perkahwinan

Bertempat di Dewan Al-Munirah kami meluaskan daerah persembahan di Kelang pula. Bersiap setelah tiba dan memulakan sound check. Alhamdulillah...laptop dibawa. Komputer DJ tidak boleh memainkan CD kami dengan baik. Kalau tidak gelabah juga kami. Selesai makan kami memulakan persembahan awal sebagai pemanas badan.



Berehat sebentar sementara menanti rombongan pengantin tiba pada pukul 1.30 petang. Kami makan dan makan lagi. Jajan menjadi serbuan kami.



Rombongan pengantin tiba...maka beralunlah irama Inang Cina bersama ketukan jidur mengiringi pengantin ke pelamin.





Begitulah persembahann kami disetiap majlis perkahwinan. Harap mereka semua terhibur dengan persembahan kami. Sempat juga kami menyebarkan flyer link video kami untuk pertandingan. Sila view ya para pembaca. Sokonglah kami. Terima kasih.

Friday 9 October 2015

Seameo Youtube Viewers

Sila tonton rakaman video kami yang unik ini. Ayuh sebarkan link ini kepada semua rakyat Malaysia. Kita satu bangsa kita satu negara.....


Link : Youtube

Bonda pengetua Puan Norlila Omar turut sama membantu dalam kempen mencari penonton kami. Bangganya kami apabila bonda turun padang menyinsing lengan menguar-uarkan pertandingan ini kepada semua. Guru-guru kami juga turut sama berganding-tangan di bawah satu bumbung.