Sunday 30 August 2015

Malaysia Tanahairku 2

Ke Alamanda sekali lagi untuk membuat persembahan yang terakhir dalam  bulan Ogos 2015 ini. Berbekalkan hanya 13 orang pemain angklung sahaja. Bersiap sedia apabila sampai ke Hub Alamanda. Terus ke bahagian informasi untuk mendapatkan kemudahan. Uncle Sam dihubungi memberitahu kami sudah sampai di Alamanda. Jam 6.15 petang terus memulakan persembahan setelah segala persiapan dibuat.






Sebanyak 13 lagu dipersembahkan pada petang ini. Termasuklah 3 buah lagu patriotik sempena menyambut Hari Kemerdekan Malaysia yang ke 58.

Pukul 7 malam menuju ke Chicken Rice Shoppe untuk dinner. Lambatlah plak siapnya makanan. Kata nak siapkan pukul 6.30 petang. 7.15 malam apa pun tak boleh..........nak makan!





7.40 malam bergegas ke The Hub semula untuk memulakan persembahan kedua. Bagai nak gila bebudak.....kesian mereka. Itulah kehidupan sebagai artis dik Non.....Alif tak mampu untuk meneruskan perjuangan pada malam ni. So...Ariff ditugaskan untuk mengambil alih nombor yang dimainkan oleh Alif. Terbaiklah anak-anak angklungku. Berbekalkan lampu suluh yang kubeli tenghari tadi di DIY Giant Bukit Kemuning mereka dapat memberikan persembahan yang baik.






Tamat persembahan berkemas dan menikmati aiskrim. Uncle Sam belanja. Kemudian menuju ke panggung untuk menonton movie Inside Out. Pulang ke sekolah lewat hari ini. Terima kasih kepada anak-anak angklungku!



Friday 28 August 2015

Ambang Kemerdekaan

28 Ogos SMK Taman Sri Muda menyambut Ambang Kemerdekaan yang dijalankan secara cukup sederhana pada sesi petang. Dimulakan dengan bacaan doa dan gimik memakai topi jalur gemilang rekaan anak-anak murid yang pelbagai bentuk, warna dan kreativiti.



Diikuti dengan persembahan lagu Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Warisan daripada pemenang pertandingan Sejarah sempena Hari Kemerdekaan negara.



Laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Cikgu Ridhuan Rasul. Cayalah bro!


Diakhiri dengan persembahan angklung Perwira dan nyanyian beramai-ramai lagu Tanggal 31 serta lagu kebangaan kita semua Negaraku!




Merdeka..........Merdeka............Merdeka..........................MERDEKA!!!!

Sunday 23 August 2015

Malaysia Tanahairku

Pagi...latihan tarian bersama abang Bard....selama 3 jam. Berat sungguh kaki budak-budak ni. Kaki cam robot. Apa-apa pun boleh digilap bakat budak-budak ni. Mereka pun memberikan kerjasama yang sungguh baik kepada abang Bard dan rakannya.




Pukul 4 petang bertolak pula ke Putrajaya untuk membuat persembahan di Alamanda Shopping Centre pada pukul 6.30 petang nanti. Setelah kereta di pakir anak-anak angklung mengeluarkan alatan dan dibawa naik ke perkarangan The Hub. Nampaknya pasukan band dan koir dari sekolah lain sedang membuat rehearsal. Kami hanya menonton dari jauh.



Lebih kurang pukul 6.50 petang baharulah kami dapat memulakan persembahan. Mulanya nak main lagu patriotik satu tetapi tetiba tak jadi lak. Kami teruskan dengan perancangan kami. Hanya 5 buah lagu sahaja yang kami dendangkan hari ini. Selepas itu acara bergambar sakan bersama-sama dengan Band dari Victoria Institute dan pasukan koir SMK Port Dickson.






8.30 malam bertolak pulang ke Shah Alam. Makan malam di KFC Bukit Kemuning sebelum menghantar anak-anak angklung pulang ke rumah. Terima kasih semua.

Sunday 16 August 2015

Majlis Perkahwinan Ezuan dan Farrah

Jemputan mengejut daripada anak besan....bertanyakan tentang angklung untuk majlis perkahwinannya. Nasib baik tarikh 16 Ogos masih kosong. So terus disambut peluang yang ada dan perancangan dibuat dengan rapi untuk persembahan ini. Menggunakan sebuah van kepunyaan ibu ahli kelab dan van Pak Agus kami bertolak ke Seksyen 9. Seramai 22 orang anak angklung kubawa hari ini. Kesemuanya ahli dari tingkatan 1 dan 2.


Sesampai sahaja di Ballroom terus sahaja menyusun atur anak-anak angklung dan membuat rehearsal serta sound check. 



Kemudian....seperti biasa kami makan dulu!



Berposing sebelum memulakan persembahan adalah kegemaran kami. Memang dah jadi hobi. 




Sementara menanti pengantin tiba kami memainkan beberapa lagu untuk tetamu yang hadir.


Tepat jam 12.55 tengahari kami menanti penganti di luar dewan. On time! Very good. Elok sahaja kami berbaris pengantin pun tiba. Kami pun bersedia mengiringi pengantin ke singgahsana.





Meneruskan persembahan setelah bacaan doa. Rally dan terus rally....




Bergambar lagi sebelum balik.....hooooooyehh!




Wednesday 12 August 2015

Lawatan Penanda Aras

Dalam kesibukan menyediakan Bilik Gerakan Skuad API sekolah....Bonda Pengetua meminta anak-anak angklung membuat persembahan di hadapan para pelawat yang hadir untuk melihat pengurusan fizikal kerusi dan meja di sekolah. Bonda telah memilih tiga buah lagu. Persembahan secara adhoc sekali lagi daripada Kelab Angklung Wariseni. Kesibukan melayan kehendak semua orang membuatkan aku lupa untuk merakamkan persembahan ini.Nasib baik ada unit majalah sekolah dan video persembahan ku minta dari Cikgu Jamilah.









Thursday 6 August 2015

Jamuan Hari Raya SILK

Pertama kali membuat persembahan di kawasan tol. Hari ini Khamis 6 Ogos 2015 kami memulakan persembahan di Tol Sungai Balak Kajang. Laluan yang biasa kulalui. namun bila ditanya, "Tahu tak tempat tu?" Jawapan spontanku dengan slamber, "Tak'. Huh malunya. Menjamu selera dahulu setelah berkemas di pentas. Kulihat anak-anak angklungku mengambil sate sebanyak-banyaknya. Huuulalala...kowang leh habeh ke makan tu?



Selesai sahaja azan zohor, bersiap untuk memulakan persembahan. Lagu pembuka bicara kami Seloka Hari Raya. Mendapat tumpuan ramai kerana tepat pada waktu kami alunkan  memang tempat tu penuh dengan orang ramai.







Kembali ke sekolah dengan penuh gumbira sebab masih awal.....tak pernah kami balik seawal begini..yeh yeh! Kata Amuk!