Sunday 15 March 2015

Majlis Perkahwinan Puri Buana

Ke Puri Buana sekali lagi untuk menghiburkan tetamu di majlis perkahwinan. Persembahan ini telah ditempah seawal bulan Januari oleh Puan Noraida. Setelah berhubung melalui SMS ke Whatsapps dan seterusnya ke Telegram maka hari ini 14 Mac 2015 kami menuju ke Bangi. Uncle Sam membantu dalam pengangkutan hari ini juga sebagai pengurus kami pada hari ini. Puan Elsa tidak dapat menemani kami hari ini oleh kerana anaknya kurang sihat. Moga cepat sembuh! Apa-apa pun kami mulakan rehearsal untuk mengiringi mempelai ke pelamin.



Setelah siap berkemas upacara food tasting dijalankan oleh kami. Muahahahahaha!



Sebelum memulakan persembahan sempat bergambar dengan tuan rumah Puan Wan Noraida. Terima kasih kerana percaya kepada kami untuk menghiburkan para tetamu puan.


Tepat pukul 12.00 tengahari kami memulakan persembahan.



Berehat seketika sementara menanti mempelai tiba. Uncle Sam memberi isyarat supaya kami ke hadapan Puri Buana menanti pengantin tiba.





Sebaik sahaja doa dibacakan kami menyambutnya dengan lagu Baraka Allhu Lakuma dan kemudian meneruskan ayunan angklung mengikut irama minus one satu persatu.


Sempat juga di temuramah oleh pengacara majlis......


Rehat....membasahkan tekak yang kering.



Memulakan persembahan semula untuk sesi ketiga dan terakhir untuk majlis kali ini. Semoga tuan rumah berpuas hati dengan persembahan kami begitu juga dengan para tetamu. Sempat merakamkan kenangan bersama pasangan pengantin.





Bergambar sekali lagi di luar Puri Buana sebelum balik ke Shah Alam!




Thursday 5 March 2015

Sesi Bergambar dan Kelas Solekan

Hari ini sesi pengambaran akan dibuat untuk majalah sekolah Refleks. Sesi petang bergambar di Laman Nada sementara sesi pagi menggunakan latar Clean n Clear yang menggondol hadiah ketiga dalam pertandingan dua tahun lepas.







Sebaik sahaja sesi bergambar selesai ahli kelab sesi petang meneruskan aktivi. Hari ini mereka akan belajar menyolek diri sendiri. Cikgu Elsa merupakan sifu pada hari ini.






Monday 2 March 2015

Watikah Pelantikan

2 Mac diadakan Majlis Watikah Pelantikan Badan-badan Perkhidmatan SMK Taman Sri Muda di dataran Perpaduan. Kelab Angklung Wariseni mengiringi para pengerusi Badan-badan ini untuk menerima watikah masing-masing. Persembahan yang tidak dirancang namun dengan latihan yang ada membolehkan anak-anak angklung tingkatan 1 khasnya dapat memberikan persembahan yangterbaik walaupun hanya memainkan satu lagu iring sahaja iaitu Inang Cina. Satu lagi latihan untuk mereka. Tahniah diucapkan kerana dapat bermain dengan baik!





Sunday 1 March 2015

Majlis Perkahwinan Presint 9 Putrajaya

Berbekalkan anak-anak angklung tingkatan 1 dan 2 hari ini menuju ke Kompleks Komuniti Presint 9 Putrajaya untuk membuat persembahan. Tidak dirancang persembahan ini jemputan mengejut daripada Uncle Sam untuk memberi pengalaman kepada anak-anak angklung tingkatan 1 terutamanya. Berpandukan Waze mencari Kompleks Komuniti di sana.....30 minit sahaja perjalanan dari Shah Alam. Memunggah alatan setelah kereta diparkir mencari dewan keraian seterusnya menyediakan alatan untuk persembahan. Menguji bunyi dan tempat sebelum memulakan persembahan.



Kita makan dulu....santapan telah tersedia di meja bufet...apa lagi.... jemput makan.



Menanti di luar dewan....satu aktiviti yang wajib dilakukan acapkali kami keluar membuat persembahan luar. Sempat lagi posing sana sini.



Setelah mempelai ditepung tawar oleh pihak pengantin lelaki dan perempuan maka tibalah masa mempelai makan...dan tibalah juga giliran kami membuat persembahan secara bergilir-gilir dengan persembahan tarian.





Selesai persembahan terus berkemas dan menuju ke Shah Alam. Singgah di Restoran Salsabeel untuk mambasah atau mengeringkan lagi tekak dengan Air Batu Campur yang sungguh lemak manis!