Monday 30 April 2012

Latihan Terakhir Bersama Toy AF

Sebuah lagu baru turut dipelajari iaitu lagu Anak Kampung lagu nyanyian Jimmy Palikat. Setelah memainkan lagu tersebut beberapa kali maka Toy pun meminta izin untuk pulang. Maka berakhirlah latihan pada hari tersebut. Sebelum pulang, kami sempat merakamkan gambar kenangan bersama-sama dengan Toy.



26 April 2012, bertempat di bilik APD 1, semua ahli angklung berkumpul untuk menjalani latihan terakhir bersama dengan Toy AF. Sebelum Toy tiba, ahli-ahli memainkan lagu-lagu yang telah dipelajari. Sebaik sahaja Toy tiba, mereka pun memulakan latihan dengan memainkan lagu-lagu yang telah dipelajari pada minggu-minggu yang lepas. Kelihatannya mereka sangat lemah oleh kerana mereka tidak melakukan latihan untuk lagu-lagu yang telah dipelajari bersama Toy.





Lagu Anak Kampung

Sunday 22 April 2012

Lagu Kanak-kanak

Hari ini (21 April 2012), Encik Sam berkesempatan untuk melatih ahli-ahli kelab angklung memainkan 3 buah lagu baru iaitu lagu Jong Jong Inai, Trek Tek Tek dan sebuah lagu Inggeris yang tidak diketahui tajuknya. Di samping itu kami juga mengambil kesempatan untuk bergambar bersama dengan Encik Sam untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

Dua buah lagu Allyarham Tan Sri P.Ramlee juga telah diubahsuai agar sesuai dimainkan bersama dengan gendang iaitu Doremi dan Bila Mama Pakai Celana.








Thursday 19 April 2012

Latihan Kokurikulum IV

Latihan pagi ini dimulakan seawal pukul 10.00 pagi dengan hanya beberapa orang ahli sahaja untuk mencuba satu lagu baru yang dibekalkan oleh Encik Sam, jurulatiih utama kelab ini. Lagu tersebut ialah lagu Jong Jong Inai. Telah diduga semua ahli tidak dapat mengenalpasti lagu ini sehinggalah kesemua not lagu dimainkan hingga ke akhir. Azizah merupakan pemain pertama dapat meneka tajuk lagu ini dengan tepat.

Setelah itu, mereka telah memainkan lagu-lagu yang telah dipelajari terdahulu sementara menanti Encik Toi tiba. Sebaik sahaja beliau tiba, maka dengan segera ahli kelab diminta memainkan lagu minggu lepas iaitu Menuju Ke Bintang. Setelah itu dua buah lagu telah diberikan oleh Encik Toi iaitu lagu yang dipopularkan oleh Shila Amzah yang bertajuk Patah Seribu dan kumpulan Spider Tapi Bagaimana.





Saturday 14 April 2012

Latihan Kokurikulum III

Latihan hari ini dimulakan dengan memainkan kesemua lagu yang telah dipelajari. nampaknya mereka masih mengingati semua irama tetapi masih mempunyai kelemahan dalam mengikuti irama minus one. Tetapi semua boleh diatasi dengan latihan yang lebih kerap dan komitmen yang tinggi dari setiap ahli. Dua buah lagu cuba dimainkan dengan menggunakan minus one iaitu lagu Tomat serta lagu Madu dan Racun, sementara lagu I Have a Dream masih mempunyai kelemahan dalam susunan not lagu dan perlu dibetulkan terlebih dahulu.

 
Latihan ditamatkan pada pukul 12.15 tengahari dan aktiviti mengemas bilik angklung serta melukis logo di bahagian hadapan bilik angklung dijalankan. Ahli-ahli kelab masing-masing menunjukkan kemahiran mereka dalam seni lukis pula.

Oii lukis betul-betul laa...

Nizam...ko tak pandai cat laa..(Yaswan)
Double decker or double layer Ariff?

Ahmad Haniff mandur of the day


Tak ada tangga meja pun jadilah

Yes! Lihatlah dunia hasil kerja kami

Inilah logo kelab yang telah dihasilkan oleh 8 orang ahli kelab angklung dan seorang peminat cilik Ahmad Haniff.

Thursday 12 April 2012

Latihan kokurikulum II

Latihan hari ini ditukar kepada waktu pagi oleh kerana latihan petang melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran ahli-ahli kelab angklung yang kebanyakkannya terdiri daripada para pelajar tingkatan satu dan dua. Seperti biasa latihan dijalankan di dalam dewan sekolah sebaik sahaja abang Toy (panggilan untuk jurulatih oleh ahli-ahli kelab) tiba ke dalam dewan.



Latihan dimulakan dengan memainkan not lagu yang telah dipelajari terdahulu iaitu lagu Carta Hati dan Cinta Mati. Beberapa pembetulan perlu dilakukan pada not lagu Cinta Mati sementara lagu Carta Hati akan dibetulkan pada minggu hadapan.




Latihan seterusnya ahli kelab cuba memainkan lagu Menuju ke Bintang nyanyian Yuna. Menakjubkan kemahiran yang ada pada abg Toy, dengan hanya mendengar nada angklung sudah boleh memberikan not lagu untuk dimainkan oleh ahli angklung ini.



Wednesday 11 April 2012

Papan Info Kelab

Temujanji dengan ahli kelab hari ini terpaksa dibatalkan memandangkan awan gelap pagi ini. Namun begitu ahli kelab begitu komited untuk hadir pada pagi ini untuk mengemaskinikan papan info dan melukis logo kelab di bilik kelab. Mereka melakukan tugasan dengan semangat kerjasama yang tinggi tanpa pengawasan dari guru. Petanda yang amat baik sekali.

Laporan bergambar telah diberikan oleh Arham secara sms (amat kagum dengan teknologi kini) selaku pengerusi kelab dan di bawah ini merupakan laporan Arham mengenai aktiviti yang dijalankan pada pagi ini.

Terima kasih daun keladi....nanti kita buat lagi!

Azizah begitu tekun melukis hiasan untuk papan info kelab
Yaswan turut memberi kerjasama dalam melengkapkan papan info
Amnan berehat sambil melayan lagu kegemarannya I'm the Best dari kumpulan 2ne1 daripada Korea
(Suka ponteng kerja budak ni)

Gambar yang terlalu kecil untuk dibesarkan.
(Hahahahahaha.....)



Monday 9 April 2012

Berita Kelab Di Sinar Harian

Hari ini cerita tentang aktiviti kelab disiarkan dalam akhbar Sinar Harian. YDP PIBG Encik Kashfi yang memaklumkan kepada guru penasihat kelab. Maka dengan pantas guru mencapai naskah tersebut di kedai runcit yang berdekatan.


Thursday 5 April 2012

Latihan Kokurikulum

Setiap Khamis jam 9.30 pagi latihan angklung dimulakan tetapi pada hari ini latihan telah ditunda kepada waktu petang iaitu pada jam 3.oo sehingga 5.00 petang. Jurulatih khas telah kami undang untuk membantu kami di dalam memainkan lagu-lagu masa kini.

Jam 3.30 petang Encik Toi tiba diperkarangan sekolah dan disambut oleh guru penasihat kelab lalu dibawa terus ke dewan SMK Taman Sri Muda. Disambut dengan senyum lebar oleh ahli-ahli kelab....maklum artis pujaan mengajar mereka bermain angklung.

Sebelum memulakan latihan Encik Toi telah beramah mesra dengan ahli kelab dan memperkenalkan diri secara umum kepada ahli kelab sambil Natania menyalin skor lagu di papan putih. Hari ini dua buah lagu cuba dipelajari dari Encik Toi iaitu lagu Carta Hati dan Cinta Mati.